Friday, November 11, 2011

Duit Kertas $1 - Pelanduk


Nie adalah duit kertas $1 aku pun tak tahu tahun bila duit nie dikeluarkan oleh bank negara. Duit kertas $1 nie aku dapat dari wife aku peninggalan arwah Tok Wannya pada tahun lepas.

Duit Kertas $1 - Tugu Negara


Nie duit kertas $1 aku pernah gunakan masa aku sekolah rendah dulu.. Duit nie sempat aku simpan.

Duit Kertas RM2 - Manara KL


Duit RM2 nie rasanya dikeluarkan pada tahun 90an kalau tak salah aku la. Duit nie tak lama digunakan selepas itu duit nie diberhentikan pengelurannya.

Duit Kertas $5 - Istana Negara


Nie duit kertas $5 latarbelakangnya gambar istana negara duit nie pun aku dapat dari wife aku. Rasanya tahun pengeluarannya tahun 80an.

Duit Kertas RM5 - KLCC


Nie duit kertas RM5 dikeluarkan selepas duit kertas $5 tahun 80an diberhentikan pengeluarannya. RM5 nie tak banyak dikeluarkan selepas itu digantikan dengan yang baru kerana kualiti kertasnya tidak baguss.

Duit Kertas $10 - Bangunan Sultan Abdul Samad

Duit Kertas RM50 - (50 Tahun Merdeka)